Wanita palsu ditahan polis

Muhammad Sajjad telah ditahan pihak berkuasa Thailand

KUALA LUMPUR– Wanita ‘palsu’ Nur Sajad atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sah ditahan polis Thailand .

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia, Dato’ Sri Abdul Jalil Hassan berkata, pihaknya mengesahkan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman ditangkap pada 8 September lalu kira-kira 6 petang waktu tempatan (Thailand) oleh pihak Imigresen negara berkenaan.

“Pada 9 September 2021 suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Thailand atas kesalahan imigresen dan dikenakan hukuman denda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, usaha membawa pulang suspek ke negara ini sedang dilaksanakan.

“Suspek turut dikehendaki di Malaysia di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya,” katanya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.