Sebab ramai tersentuh lihat foto ini

KUALA LUMPUR- Foto kanak-kanak dari sebuah kampung di Indonesia bermain di atas jalan baru diturap membuatkan orang yang melihatnya tersentuh, lapor Liputan6.com.

Foto menunjukkan gambar kanak-kanak bermain di atas jalan tanpa selipar, ia tular di media sosial.

Ini kerana, saat itu merupakan kali pertama mereka menjejakkan kaki di atas jalan berturap di kampung tersebut.

Dek teruja, mereka juga sempat menyusun selipar di bahu jalan.

Foto berkenaan juga tular di media sosial.

Menurut Liputan6.com, pembangunan belum menyeluruh membuatkan beberapa daerah tidak dapat menikmati infrastruktur yang memadai sedangkan negara itu telah 73 tahun mengecapi kemerdekaan.

Sumber: Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.