Tiada lesen dikeluarkan untuk pembalakan di Ahning, kerajaan negeri dedah fakta sebenar

Dakwaan yang dilemparkan aktivitis Alam sekitar berkenaan

ALOR SETAR– Kerajaan negeri di bawah Perikatan Nasional tidak pernah mengeluarkan lesen bagi aktiviti pembalakan di Empangan Ahning pada Julai dan Ogos lalu.

Pejabat Menteri Besar Kedah dalam kenyataan berkata, aktiviti pembalakan tersebut ditularkan melalui Facebook aktivis alam sekitar, Sabrina Syed pada semalam.

Menurutnya, “posting” itu merupakan satu lagi usaha untuk memberikan persepsi buruk kepada kerajaan Kedah pimpinan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor.

“Dua imej satelit hutan berhampiran Empangan Ahning tersebar menerusi pelbagai platform internet, seolah-olah kerajaan negeri hari ini yang membenarkan pembalakan di kawasan berkenaan pada Julai dan Ogos lalu.

“Apa yang sebenarnya, kerajaan Kedah pimpinan YAB Haji Muhammad Sanusi yang mengambil alih kepimpinan bermula 17 Mei 2020, tidak pernah mengeluarkan sebarang lessen pembalakan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan berkata, berdasarkan rekod jabatan perhutanan, pembalakan yang dikatakan di kawasan berhampiran Empangan Ahning telah diberikan lesen membalak pada 2019 bagi tempoh berkuatkuasa 25 Februari 2020 hingga 25 Ogos 2020.

Menurutnya, ia merupakan lessen yang disambung semula oleh jabatan perhutanan disebabkan kerja pengubahhasilan yang belum selesai.

“Jabatan perhutanan mengeluarkan lessen membalak untuk dikeluarkan semua hasil sebelum tanah itu diluluskan hak milik kepada syarikat Tradewinds.

“Keputusan untuk memberikan hak milik tanah kepada syarikat berkenaan dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Tanah dan Hasil Bumi pada 1 Ogos 2017,”katanya.

Semalam, Sabrina Syed dalam tulisan di Facebooknya mendakwa seluas 75 hektar hutan di sebelah Empangan Ahning mengalami kemusnahan kerana aktiviti pembalakan yang dijalan dari Julai hingga Ogos lalu.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.