PATANI-Kumpulan pejuang kemerdekaan Melayu Patani tidak menunggu lama membalas kematian anggota mereka apabila melancarkan Serang hendap berdarah kepada kumpulan tentera Thailand semalam (17 September 2025).
Dua serangan bom dilaporkan berlaku di kawasan Berangee Tok Deng Sungai Padi dan kawasan Kasod Bendang Setar.
Dalam kejadian di Sungai Padi, lima anggota Thailand mengalami parah manakala seorang koma selepas sebutir bom ditanam meletup dan mengenai kereta perisai dinaiki mereka.
Letupan kuat menyebabkan kereta berkenaan melambung dan terpelanting jauh ke dalam semak.
Salah seorang anggota pejuang, Allahyarham Ramli Hj Ibrahim syahid selepas kumpulan kecilnya berjumlah dua atau tiga orang bertempur hebat dengan sejumlah besar tentera Thai di daerah Saba Yoi pada 11 September lalu.
RENTAS7








Leave a Reply