Laporan: Wan Kelana
KUALA LUMPUR -Seorang anak muda yang tidak pun dikenali, jauh sekali sebagai pempengaruh, tokoh atau pemuda partisan yang berucap berapi-rapi tetapi habuk pun tiada.
Sebaliknya, Tamim Dahri menunjukkan betapa lompongnya salah guna kuasa oleh kerajaan, manakala lemahnya agensi-agensi terbabit termasuk polis sehingga membolehkan kuil haram beroperasi di atas tanah milik sah penduduk.
Malang bagi rakyat negara ini apabila kuil haram disediakan tanah ganti dan pampasan, manakala tuan tanah terpaksa berdepan pelbagai karenah birokrasi termasuk turun naik mahkamah hanya untuk mempertahankan hak.
Daripada tidak dikenali, Tamim Dahri kini membuka mata umat Islam di negara ini supaya bertindak segera menghalang tanah-tanah yang diceroboh sebelum terlambat.
Saudara kita di Gaza telah memberikan satu erti perjuangan, bahawa memiliki tanah bererti memiliki kekuasaan dan membiarkan tanah dirampas bermaksud menyerahkan kuasa kepada bukan pemiliknya sehingga akhirnya dizalimi dan ditindas.
Begitu banyak kuil-kuil haram di negara ini beroperasi sehingga menghalang pembangunan, kemajuan serta mendatangkan ancaman keselamatan, berpunca daripada penguatkuasaan yang lemah dan memalukan.
Ada kuil-kuil yang dibina di rizab jalan jelas boleh mengundang kemalangan kepada pengguna, namun setelah bertahun-tahun lamanya tiada tindakan diambil.
Puluhan tahun isu ini berakar, dan apabila kerajaan hari ini seperti meneruskan pendekatan sama seperti kerajaan terdahulu tanpa sebarang tindakan efektif, bahkan dilihat sangat cenderung kepada penceroboh, rakyat akhirnya bangkit memulakan penentangan terbuka yang masih mengikut saluran undang-undang.
Aktivis seperti Tamim Dahri, Zamri Vinoth dan rakan-rakan walaupun ditekan hebat termasuk oleh segelintir anggota polis, telah membuka mata semua pihak bahawa mempertahankan hak itu satu kewajipan dan bukannya pilihan.
Sikap memanjakan kuil-kuil haram ini menyebabkan ada pihak semakin berani sehingga mengancam untuk membunuh.
Avinesh Azh secara terbuka mengancam “peperangan” terhadap bangsa Melayu dalam satu hantaran provokatif di ruangan komen.
Namun akaun tersebut telah dipadamkan selepas lelaki itu sendiri ketakutan apabila cabarannya sedia “dibeli” oleh orang-orang Melayu.
Hanya kerana negara ini undang-undangnya masih dihormati oleh kaum Melayu, maka lelaki berkenaan terselamat dan bernasib baik.
Agaknya apa akan jadi sekiranya dia membuat provokasi itu kepada orang Melayu di Indonesia? Atau lebih hampir di selatan Thailand dalam wilayah Patani Darussalam? Rasanya sebelum akaun sempat dipadam, entah apa yang terjadi kepadanya?
Itu di negara lain, tetapi di negara kita, umat Islam masih bersabar termasuk bersabar dengan adegan segelintir polis (bukan semua) yang didakwa bersikap tidak berperikemanusiaan ketika menahan Tamim Dahri.
Itu pun sudah beribu bakul makian dan doa-doa buruk kepada anggota-anggota polis yang melayani Tamim dan rakan-rakan dengan buruk. Doa ini ibarat racun; lama-kelamaan ia akan memakan dan menghancurkan buruannya.
Jangan disalahkan mereka yang memaki dan berdoa buruk apabila satu pihak mempertahankan hak dilayan sebegitu rupa. Itulah perasaan yang rakyat lontarkan.
Pendedahan bahawa beliau dilayan seperti penjenayah dan dibogelkan menimbulkan persoalan, apakah polis-polis ini hanya berani terhadap kaum Melayu? Sedangkan anasir lain yang mengancam secara terang-terangan dibiarkan bebas?
Apakah tindakan yang telah diambil terhadap Avinesh? Lelaki yang acah-acah gangster tetapi akhirnya pengecut. Apakah tindakan terhadap sekumpulan lelaki India yang bersenjata ketika mengepung Tamim dan rakan-rakan selepas selesai kerja-kerja pembersihan kuil haram di atas tanah milik sah Yayasan Kubra yang diceroboh sejak 2018?
Umat Islam masih bersabar dan kesabaran itu ada hadnya. Usahlah mengambil kesempatan atas taat patuh umat Islam yang sentiasa menghormati undang-undang negara.
Rakyat sudah dapat menilai di mana silapnya apabila pemimpin-pemimpin yang tidak mempunyai kebijaksanaan diberikan kepercayaan dan kuasa.
Hasilnya, kuasa itu sendiri menekan orang-orang Melayu sebagai tuan rumah kepada negara bernama Malaysia ini. Apabila dipertahankan hak, mereka pula dilayan seperti penjenayah.
Semua kaum berhak hidup aman dan makmur. Kaum Melayu, Cina dan India telah lama hidup aman dan harmoni, tetapi dalam masa yang sama ketiga-tiga kaum ini juga menolak penjenayah yang merampas atau menceroboh tanah orang lain.
Esok Malaysia sudah bermula puasa, syaitan pun sudah diikat, mudah-mudahan bulan Ramadan ini membawa keberkatan dan membuka hati semua pihak khususnya kerajaan dan pihak berkuasa untuk berlaku adil, jangan pula kita yang menjadi syaitan lebih daripada syaitan.
RENTAS7








Leave a Reply