Isu SPRM: PAMM senada Mufti Perlis

Datuk Mustaffa Idrus

SUNGAI PETANI-Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM) menyokong saranan Mufti Perlis supaya merombak dan menyemak semula Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, cadangan Datuk Dr Mohd Asri itu relevan dengan keaadan semasa.

“SPRM perlu menjernihkan keadaan berhubung melibatkan isu pemilikan sejumlah saham membabitkan nama ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

“PAMM menyatakan sokongan penuh kepada Datuk Dr Asri. Ia kenyataan yang sangat tepat,”katanya hari ini.

Mustaffa berkata, masyarakat akan hilang kepercayaan kepada SPRM sekiranya isu berkenaan tidak diselesaikan dengan baik.

“Dalam isu membabitkan Tan Sri Azam Baki, PAMM juga mendesak supaya satu siasatan khas yang telus, tulus dan saksama tanpa campur tangan politik segera diadakan.

“Ini penting untuk membuktikan Azam Baki bersalah mahupun tidak,”katanya.

Terdahulu, media melaporkan kenyataan Asri yang mahukan SPRM disemak dan dirombak dan jika gagal beerti Malaysia berada pada tahap korupsi sangat tenat.

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.