Prosedur operasi standard (SOP) majlis sosial dalam tempoh PKPP

PUTRAJAYA – Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelaksanaan Majlis Sosial seperti Majlis Perkahwinan, Kenduri, Pertunangan, dan lain-lain Majlis Sosial telah diluluskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 22 Jun 2020.

2. SOP ini juga terpakai untuk penganjuran kenduri atau majlis perkahwinan atau lain-lain majlis sosial di rumah ibabat bukan Islam.

SOP ini merangkumi perkara-perkara penting di dalam menjalankan majlis sosial seperti had kapasiti kehadiran adalah seramai 250 orang atau kurang mengikut saiz ruang majlis dengan penjarakan sosial dan tertakluk dengan tempoh penganjuran selama 3 hingga
5 jam.

3. Antara isi kandungan lain SOP ini adalah seperti berikut:

i. Majlis tidak dibenarkan sekiranya penganjur sukar untuk mengawal keadaan dan perilaku tetamu.

ii. Hidangan makanan dalam bentuk buffet atau layan diri adalah tidak dibenarkan.

iii. Penganjur perlu memastikan tetamu makan dalam kedudukan penjarakan sosial dan tidak berkumpul semasa
makan.

iv. Tetamu adalah dilarang berkumpul atau berhimpun di luar ruang majlis sebelum atau selepas selesai majlis.

Rentas7.com

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.