PN tawar politik baru, sesuai untuk semua kaum

Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR-Perikatan Nasional (PN) merupakan satu tawaran politik baharu kepada rakyat yang dahagakan pemerintahan yang cekap, berkesan dan kompeten.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PN ingin kekal sebagai sebuah gabungan politik yang berkongsi aspirasi negara untuk generasi yang akan datang.

“Perikatan Nasional is offering a New Deal to all Malaysians and we are here to stay for a long time (Perikatan Nasional menawarkan Tawaran Baru kepada semua rakyat Malaysia dan kami berada di sini untuk kekal lama),” katanya Persidangan Perwakilan Nasional KE-49 Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), semalam.

Beliau berkata, PN
mahu memimpin Malaysia dengan lebih cekap, berkesan dan kompeten.

“Kita ingin terus merasai denyut nadi rakyat dan memenuhi keperluan mereka dengan penuh prihatin.

“Kita mempunyai aspirasi yang tinggi untuk terus memelihara perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan agama,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi PN berkata, kerajaan di bawah PN komited untuk mentadbir negara ini dengan berintegriti dan berwibawa demi memelihara kesejahteraan dan kebajikan rakyat seluruhnya.

“Saya percaya sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional akan lebih terserlah dan kukuh apabila kita terbukti berjaya melaksanakan segala janji dan komitmen untuk rakyat.

“Saya yakin dengan kesungguhan kita memenuhi aspirasi rakyat untuk Malaysia yang lebih baik, serta kesatuan dan perpaduan yang kita capai antara parti-parti komponen, Perikatan Nasional akan menjadi gabungan parti politik pilihan utama rakyat Malaysia,” katanya pada Persidangan Perwakilan Nasional KE-49 Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), semalam.

Beliau berkata, PN
mahu memimpin Malaysia dengan lebih cekap, berkesan dan kompeten.

“Kita ingin terus merasai denyut nadi rakyat dan memenuhi keperluan mereka dengan penuh prihatin.

“Kita mempunyai aspirasi yang tinggi untuk terus memelihara perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan agama,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi PN berkata, kerajaan di bawah PN komited untuk mentadbir negara ini dengan berintegriti dan berwibawa demi memelihara kesejahteraan dan kebajikan rakyat seluruhnya.

“Saya percaya sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional akan lebih terserlah dan kukuh apabila kita terbukti berjaya melaksanakan segala janji dan komitmen untuk rakyat.

“Saya yakin dengan kesungguhan kita memenuhi aspirasi rakyat untuk Malaysia yang lebih baik, serta kesatuan dan perpaduan yang kita capai antara parti-parti komponen, Perikatan Nasional akan menjadi gabungan parti politik pilihan utama rakyat Malaysia,” katanya.

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.