Panggil ibu pujuk suspek, berang ditipu pegawai atasan

KORAT– Polis terpaksa memanggil ibu kepada penyerang rambang, Sarjan Mejar Jakapanth Thomma bagi memujuknya menyerahkan diri, malam tadi.

Dalam insiden di Nakhon Ratchasima itu, suspek yang berusia 32 tahun telah membunuh pasukan keselamatan serta orang awam.

Media Thailand, Krad Ying melaporkan, tiga askar dan tiga polis maut dalam serangan rambang itu menjadikan jumlah keseluruhan terbunuh seramai 30 orang.

Lebih 30 orang mangsa lagi dilaporkan cedera, menurut stesen televisyen Thailand.

Thomma

Bagaimanapun, tindakan memujuk suspek melalui ibunya tidak berhasil malah lelaki itu bertindak lebih ganas.

Difahamkan, suspek enggan menyerah diri kerana bertekad untuk mati dalam pertempuran.

Menurut maklumat yang tular, Thomma bertindak ganas selepas ditipu pegawai atasannya berhubung pembelian rumah.

Kes itu mencetuskan rasa tidak puas hati suspek yang akhirnya mengambil keputusan kejam.

Sebelum amukan di tempat awam, pegawai berkenaan dilaporkan ditembak mati di rumahnya oleh suspek, salah seoarang ahli keluarga mangsa turut dibunuh.

Seminggu sebelum kejadian, suspek memuat naik status:

“Kaya dengan korupsi, ambil kesempatan atas orang lain, duit itu boleh digunakan di neraka?,” tulisnya di Facebook.

Suspek yang mengamuk di kawasan awam akhirnya ditembak mati oleh unit khas keselamatan Thailand dalam sebuah kompleks membeli belah, Terminal 21 pada pagi tadi.

Artikel berkaitan

http://rentas7.com/dah-penat-gerakkan-jari-askar-tembak-rambang-sempat-update-facebook/

http://rentas7.com/suspek-penyerang-rambang-ditembak-mati/

 

Rentas7.com

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.