ALOR SETAR-Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah menuntut kerajaan menjaga hak-hak rakyat tanpa berniat atau bertindak menarik segala kemudahan atau subsidi.
Pengerusi PAMM, Dato’ Mustaffa Idrus berkata, dalam diam kerajaan telah berindak menarik kemudahan-kemudahan dinikmati rakyat pemberian kerajaan terdahulu.
“Contohnya diesel, kerajaan memberikan alasan tidak menarik subsidi diesel sebaliknya subsidi terdahulu disasarkan.
“Tindakan itu secara zahirnya tidak menarik subsidi tetapi sebaliknya yang berlaku tiada lagi harga rendah dinikmati rakyat,”katanya.
Beliau berkata, rakyat juga telah menerima pelbagai kesan lain pada harga barangan makanan, yang dahulunya mudah didapati dan murah, kini sukar dicari dan mahal.
“Minyak paket, beras tempatan dan lain-lain barangan keperluan secara diam-diam telah dinaikkan tanpa alasan.
“Selepas ini apa nasib kita bakal terima? PAMM sangat bimbang dengan nasib diterima golongan B-40,”katanya.
Beliau berkata, kerajaan perlu kembalikan sabsidi buat rakyat.
“Rakyat tertekan, keaadaan rakyat semakin susah jangan lah menyeksa rakyat. Kerajaan jangan menghimpit rakyat.
“Hari ini rakyat saolah olah di jajah dalam kehidupan di dalam pemerintahan penjajahan.
“Kerajaan hari ini saolah berdendam dengan rakyat, apa salah rakyat ? Salahnya kerana memberi undi kepada kerajaan seperti ini,”katanya.
Beliau berkata, penarikan subsidi bukan lagi perkara tersembunyi berikutan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pada 2023 telah mengumumkan usaha memansuhkan subsidi menyeluruh kepada bersasar secara peringkat.
“Menteri tak sebut hapus subsidi, tetapi realiti berlaku? Hanya yang mudah ditipu dengan sebutan-sebutan menteri saja akan mudah ditipu.
“Rakyat tidak kira warna politik seharusnya bangkit, menyatakan bantahan dan kekesalan atas apa sedang berlaku.
“Kita tidak mahu semua benda nak disasarkan dan akhirnya kita jua yang menerima nasib buruk,”katanya.
Mustaffa berkata, para menteri diingatkan supaya tidak menjadi ‘perompak’ harta dan kesenantan rakyat disaat berkuasa kerana semua itu akan ditarik balik dengan muda pada bila-bila masa.
“Kita kena ingat, sudah banyak kerajaan yang tidak adil dan zalim jatuh dengan sekelip mata,”katanya.
RENTAS7








Leave a Reply