MKBOKU tetapkan garis panduan dan dasar aksesbiliti laman sesawang dan aplikasi kementerian

Datuk Seri Rina Mohd Harun telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) Bilangan 1 Tahun 2021 pada 25 Mac lalu.

PUTRAJAYA-Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) Bilangan 1 Tahun 2021 pada 25 Mac lalu.

Mesyuarat telah mengemukakan satu cadangan iaitu Menetapkan Garis Panduan dan Dasar Aksesibiliti dalam Laman Sesawang dan Aplikasi Kementerian, Agensi serta Penyedia Perkhidmatan Awam di Malaysia Berpandukan Web Content Accessibility Guideline (WCAG).

“KPWKM (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) menyambut baik syor yang dikemukakan kerana hak semua kategori OKU untuk akses kepada maklumat tidak boleh dinafikan seperti yang telah diperuntukkan oleh Akta Orang Kurang Upaya 2008 dan Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya 2016-2022.

“Perkara ini juga menepati kehendak Convention on the Rights of Persons with Disabilities (CRPD) dan seterusnya dapat mengurangkan kebergantungan OKU terutama OKU penglihatan terhadap orang lain dalam urusan harian mereka,” ujar Datuk Seri Rina semasa mempengerusikan mesyuarat ini.

Sementara itu kementerian berkenaan dalam kenyataan berkata, majlis secara dasarnya bersetuju dengan cadangan ini kerana aksesibiiliti maklumat melalui platform digital adalah menepati kehendak trend perkembangan global pada masa kini terutamanya dalam keadaan

“Negara menghadapi ancaman pandemik COVID-19. Selaras dengan Teras Strategik 1 (b), Objektif 3, Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya 2016-2022, pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dimohon untuk melihat cadangan ini dengan lebih terperinci.

“Dalam mesyuarat ini juga, tiga (3) kertas makluman telah dibentangkan iaitu dapatan daripada National Health & Morbidity Survey (NHMS) 2019, Kajian Peluang Pekerjaan OKU di Malaysia dan Kajian Sistem Sokongan kepada Penjaga Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia.

Majlis turut bersetuju, input dan syor daripada dapatan tinjauan dan kajian ini
dijadikan sebagai panduan kepada semua agensi berkaitan untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada OKU.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.