Hanya tambang Dannok- Patani kekal sejak lapan tahun lalu

DANNOK– Tambang van dari Dannok ke Patani kekal dengan harga 1­50 baht (RM15), kadar yang sama sejak lapan tahun lalu.

Kadar harga itu juga sama bagi perkhidmatan van dari Patani ke Dannok.

Pengusaha Van, Asmah, 50 an, berkata, kerajaan Thai mengekalkan harga tambang bagi dua destinasi berkenaan.

Menurutnya, pengekalan harga itu ekoran jumlah penumpang dari Dannok ke Patani atau Patani ke Dannok tidaklah terlalu ramai sejak lapan tahun lalu.

“Jalan ini tiada orang lawan (persaingan) hanya ada satu ini saja (syarikat perkhidmatan van).

“Disebabkan itu kerajaan masih mengekalkan tambang dengan harga 150 baht. Kami (syarikat) pula tidak boleh menaikkan tambang sesuka hati,”katanya kepada Rentas7.com, hari ini.

Asmah berkata, kadar tambang van dari Hatyai ke tiga wilayah selatan Thai (Patani, Yala dan Narathiwat) bagaimanapun berlaku kenaikan.

Menurutnya, kerajaan menaikkan harga berkenan sejak dua atau tiga bulan yang lalu.

Katanya, jumlah penumpang yang menggunakan van bagi keempat-empat lokasi itu sememangnya ramai.

“Harga tambang dari Hatyai ke Patani, Yala dan Narathiwat telah dinaikkan sebanyak 20 baht. Begitu juga bagi harga dari tiga lokasi itu ke Hatyai.

“Sebelum ini harga tambang Hatyai ke Patani serta Yala hanya 100 Baht, kini telah dinaikkan 120 baht.

“Harga tambang dari Hatyai ke Narathiwat pula sebelum ini 170 baht tetapi sekarang dinaikkan 190 baht,”katanya.

Van yang merupakan pengangkutan awam di Thailand antara pilihan utama rakyat negara ini selain keretapi dan teksi.

Perkhidmatan van bagi lokasi Hatyai ke tiga wilayah selatan Thai khususnya memujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan termasuk persaingan di antara setiap syarikat terbabit.

 

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.