Malaysia pun pernah layak ke Piala Dunia

Jaringan Nik Ahmad minit ke-11

KUALA LUMPUR- Indonesia hari ini mencipta sejarah apabila dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah- 20 tahun (B-20) pada 2021 oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Keputusan itu menyaksikan Indonesia menjadi pasukan ketujuh dari Asia menganjurkan kejohanan penuh prestij itu.

Tahukah anda? sebelum Indonesia, skuad bola sepak Malaysia B-20 juga pernah bermain di pentas Piala Dunia dengan status sebagai tuan rumah.

Penganjuran pada 1997 itu menjadikan Malaysia negara keempat dari Asia menganjurkan kejohanan Piala Dunia peringkat bawah umur.

Sebelum Malaysia, negara Asia memenangi bidaan sebagai tuan rumah tersebut ialah Jepun (1979), Arab Saudi (1989) dan ketiga Qatar (1995).

Selepas Malaysia, Emeriah Arab Bersatu (UAE) menjadi negara kelima menganjurkan Piala Dunia B-20 pada 2003 dan terakhir Korea Selatan (2017).

Enam stadium dipilih sebagai vanue perlawanan iaitu Stadium Shah Alam, Selangor Stadium Sarawak, Stadium Darul Aman, Kedah Stadium Darul Makmur, Pahang, Stadium Utama Kangar, Perlis dan Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor.

Senarai stadium terpilih bagi vaneu perlawanan

Empat lagi wakil Asia turut berentap dalam kejohanan itu iaitu Jepun, Korea Selatan, China dan UAE.

Hanya Jepun dan UAE berjaya mara ke pusingan kedua.

Jepun berjaya membenam Australia 1-0 di Alor Setar sebelum langkah skuad dari Asia Timur itu terhenti di suku akhir setelah tewas 2-1 kepada Ghana.

Manakala UAE wakil dari negara Arab dikecewakan Ghana di pusingan kedua dengan kekalahan 3-0 di Kuantan.

Malaysia tewas semua “game”

Malaysia yang layak secara automatik diundi bersama Uruguay, Belgium dan Maghribi dalam Kumpulan A.

Pada aksi pembukaan, skuad Kebangsaan tewas 3-1 kepada Maghribi.

Perlawanan kedua, Malaysia tewas dengan jaringan sama kepada Uruguay.

Apa yang menariknya, dalam kedua-dua perlawanan ini Malaysia terlebih dahulu membuka jaringan.

Jaringan Nik Ahmad minit ke-11

Menentang Magribi, tuan rumah memperolehi gol seawal minit ke-10 hasil jaringan sendiri pemain lawan, Youssef Safri manakala menentang Belgium skuad, Nik Ahmad Fadly berjaya meletakkan Malaysia di depan minit ke-11.

Laga akhir menyaksikan Malaysia tumpas 3-0 kepada Belgium sekaligus berada di tangga tercorot.

Kedudukan Malaysia selepas tiga perlawanan

Pada kejohanan tahun itu, Uruguay wakil Kumpulan A mara ke final bertemu Argentina. Permainan itu berakhir dengan kemenangan memihak Argentina 2-1.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.