KUALA KETIL – “Puak-puak ni pandai solat hajat saja (solat sunat istisqa’), sembahyang cukup pun belum tentu.”
Kata-kata itu terluncur laju daripada mulut seorang lelaki di hadapan jemaah yang sedang menanti masuknya waktu Isyak, sejurus selepas berakhirnya waktu Maghrib.
Suasana yang asalnya tenang tiba-tiba menjadi janggal. Jemaah yang berada di situ hanya mampu berpandangan sesama sendiri. Ada yang terlopong, ada yang terdiam.
Semuanya tidak menyangka kata-kata sebegitu terbit daripada mulut seorang jutawan, malah mempunyai kedudukan dan harta dalam masyarakat serta pernah menyandang jawatan besar dalam kerajaan.
Kisah ini dikongsikan oleh seorang jemaah dari Kuala Ketil yang enggan dikenali, dengan harapan ia menjadi peringatan buat masyarakat agar tidak terjerumus dalam sikap sombong terhadap Allah.
“Tapi kami yang lain malas nak kata atau balas apa-apa. Diam saja… sebab benda macam ni bukan boleh jawab dengan emosi,” katanya kepada media RENTAS7.
Menurutnya, perubahan sikap lelaki tersebut mula dirasai sejak berkawan rapat dengan DAP.
“Dulu dia ok. Tapi sejak berkawan dengan DAP, perangai dia makin pelik. Cara cakap pun banyak tersasul, kadang-kadang macam tak jaga batas,” luahnya sedih.
Tambahnya lagi, kata-kata sindiran itu dilontarkan hanya sehari atau dua selepas masyarakat setempat mengadakan solat sunat Istisqa’ di Padang Awam Kuala Ketil, satu usaha digerakkan Kerajaan Negeri Kedah bagi memohon rahmat hujan daripada Allah setelah melalui tempoh kemarau sangat panjang.
Apa yang lebih menginsafkan, menurut jemaah tersebut, tidak lama selepas kata-kata sinis itu diungkapkan, bumi Kedah akhirnya dibasahi hujan.
“Ia seolah-olah menjadi jawapan langsung terhadap doa yang dipanjatkan dengan penuh keikhlasan.
“Tapi kami semua tak sangka dalam dunia hari ini masih ada yang sanggup memperlekehkan usaha orang berdoa kepada Allah. Sedangkan kita semua ni bergantung sepenuhnya kepada rahmat-Nya.
“Kita takut sebenarnya… bukan marah. Takut kalau-kalau itu tanda hati dah keras. Bila hati keras, nasihat pun susah masuk. Mungkin dia belum ditegur, atau belum sampai masanya,” katanya dengan nada sayu.
Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa peristiwa itu harus dijadikan pengajaran bersama bahawa dalam apa jua keadaan, manusia tidak boleh mendabik dada atau merendahkan amalan orang lain, apatah lagi amalan yang bertujuan mendekatkan diri kepada Allah.
“Jangan sombong dengan Allah. Kita ni siapa pun, sebanyak mana harta atau nama sekalipun, tetap hamba. Bila Allah tarik nikmat, sekelip mata saja,” katanya.
Seorang lagi penduduk tampil bersuara, meminta lelaki sombong berkenaan insaf sebelum terlambat.
“Kekayaan manusia, bila-bila masa boleh ditarik. Kami minta hujan daripada Allah, bukan daripada mak bapak dia.”
RENTAS7
#Malaysia








Leave a Reply