ALOR SETAR-Hanya satu kenyataan ringkas, namun tiba-tiba ramai yang ‘triggered’ dan mental koyak dengan kenyataan ADUN Kupang, Brigedier Jeneral ( Bersara) YB Dato’ Hj Najmi Ahmad.
Dalam satu hantaran terbaharu, beliau memuat naik aktiviti membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya yang dipercayai terletak di Baling.
Gambar-gambar tersebut disertakan dengan kenyataan mengenai kenaikan harga barang yang semakin menekan kehidupan rakyat marhaen.
Kenyataan itu dibuat secara umum tanpa menyentuh atau menyalahkan mana-mana pemerintahan. Beliau turut menyatakan realiti yang dirasai rakyat apabila RM100 yang suatu ketika dahulu mampu memenuhi satu troli, kini untuk mengisi suku troli pun belum tentu.

YB Dato’ Hj Najmi Ahmad juga melahirkan rasa simpati terhadap beban yang ditanggung rakyat, bukan sahaja akibat kenaikan harga barang, malah pelbagai kos dan komitmen lain termasuk perbelanjaan persekolahan anak-anak.
Sebagai langkah membantu, beliau menawarkan bantuan bakul makanan kepada rakyat di kawasannya yang terjejas melalui program Food Bank.
Usaha murni wakil rakyat dari Kedah itu bagaimanapun mengundang reaksi negatif khususnya daripada musuh politik apabila lontaran komen demi komen mula membanjiri ruangan Facebook beliau.
Setakat ini, ribuan komen dan tanda suka direkodkan, dengan sebahagian warganet menyatakan sokongan, manakala sebilangan besar tampil mengkritik dan menghentam.
Tinjauan mendapati kebanyakan komen negatif dipercayai dibuat oleh akaun palsu atau akaun serbaguna yang dikaitkan dengan cybertrooper politik.
Walau bagaimanapun, pemimpin tersebut dilihat kekal tenang, tidak kalut dan tidak memadam hantaran berkenaan
Situasi ini bukan perkara baharu buat beliau. Pada Sidang DUN terakhir pada November lalu, kenyataan beliau juga pernah dimanipulasi sehingga mengundang kecaman hebat daripada pihak tertentu.
Namun seperti kebiasaannya, beliau tidak lari daripada masalah. Sebaliknya tampil berdepan isu secara terbuka dan berusaha meredakan keadaan di khalayak umum.
Pemimpin ini dilihat sukar ditundukkan oleh musuh politik, meskipun cubaan ke arah itu berulang kali dilakukan.
RENTAS7








Leave a Reply