Kemboja Dakwa Kuasai Sepenuhnya Kawasan Ta Moan Thom, Ta Krabey dan Mom Tei

Kemboja mendakwa berjaya usir pencerobohan Thailand

PHNOM PENH– Kemboja kini menguasai sepenuhnya Kuil Ta Moan Thom, Kuil Ta Krabey dan kawasan Mom Tei selepas menjalankan serangan terhadap kehadiran tentera Thailand di kawasan sempadan, menurut Khmer Times.

Laporan itu memetik seorang pegawai kanan tentera Kemboja yang memaklumkan bahawa sehingga hampir jam 7 malam, 24 Julai 2025, pasukan Kemboja telah menguasai medan perang meskipun menerima serangan berat daripada pihak Thailand.

“Kami kini menguasai 100% kawasan di sekitar Kuil Ta Moan Thom, Kuil Ta Krabey, dan kawasan Mom Tei, selepas berjaya menyerang dan mengusir tentera penceroboh Thailand keluar dari wilayah Kemboja,” ujar pegawai tersebut seperti dilaporkan.

Tambah laporan itu lagi, pasukan tentera Kemboja berada dalam kedudukan kukuh dan bersedia sepenuhnya untuk terus mengawal medan pertempuran.

Situasi di sempadan dilaporkan kembali tenang menjelang malam, namun beberapa kawasan seperti Kuil Ta Moan Toch dan lokasi lain masih mengalami serangan sporadik. Walau bagaimanapun, keadaan keseluruhan berada di bawah kawalan pihak tentera Kemboja.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.