Walaupun niat baik, kami kurang selesa dengan askar “

Askar kerajaan sedang memberikan penerangan pencegahan COVID-19 kepada murid-murid tadika

PATANI– Kehadiran askar Thailand lengkap beruniform ketika sesi pembelajaran sebuah tadika sedang berlangsung di sini mengundang rasa kurang selesa kepada para guru.

Beberapa anggota terlibat datang ke tadika tersebut pada siang tadi.

Seoarang guru ingin dikenali Zainab,26, berkata, anggota terbabit datang dengan tujuan menyampaikan penerangan kepada murid-murid tentang kaedah mencegah COVID-19.

“Walaupun mereka datang dengan niat yang elok, guru-guru di sini tetap rasa tidak selesa.

“Namun apa boleh buat? tetamu datang kami terpaksa memberikan layanan. Nanti apa pula tanggapan mereka,”katanya kepada Rentas7.com hari ini.

Meskipun begitu Zainab berkata, pihak tentera datang dengan beradap iaitu tidak memakai kasut di dalam tadika.

“Murid-murid pun mulanya rasa takut dengan kedatangan askar, tapi anggota yang datang pandai ambik hati budak-budak ini,”katanya.

Penerangan yang sedang disampaikan oleh anggota terbabit

Amalan memakai kasut di dalam rumah penduduk ketika melakukan operasi ketenteraan menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan masyarakat beragama Islam.

Junta tentera mengambil alih Thailand melalui rampasan kuasa pada 22 Mei 2014 akibat ketidakstabilan politik negara itu.

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o- cha pada 15 Julai bagaimanapun mengumumkan negara itu bukan lagi di bawah pemerintahan tentera selepas lima tahun tanpa sistem demokrasi.

Keputusan itu dibuat selepas beliau yang juga bekas Ketua Kerajaan Tentera dipilih sebagai Perdana Menteri pada tahun lalu.

Pengumuman dibuat Prayuth itu dilihat “cakap kosong” apabila tentera masih memonopoli peranan pelbagai agensi kerajaan.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.