YAN– Yang Berbahagia Dato’ Muhamad Mustaffa bin Idrus menerima pengiktirafan antarabangsa apabila dianugerahkan Darjah Akademia Doktor Kehormat Persilatan oleh Akademi Persilatan Sedunia (APS), kelmarin.
Menurut kenyataan APS, penganugerahan itu diberikan selepas pihak Senat Akademi meneliti pencapaian serta sumbangan beliau dalam bidang kesenian, budaya dan warisan bangsa, khususnya dalam usaha memartabatkan persilatan Melayu di peringkat global.

Dengan penganugerahan tersebut, Dato’ Muhamad Mustaffa kini berhak menggunakan gelaran “Doktor Kehormat Akademia Persilatan – DR (hc)”.
Majlis pengurniaan darjah kehormat itu dijangka berlangsung mengikut ketetapan dan syarat rasmi yang ditetapkan oleh APS.
Sementara itu, Dato’ Muhamad Mustaffa merakamkan penghargaan kepada APS atas pengiktirafan tersebut dan menyifatkannya sebagai satu amanah untuk terus berperanan mengangkat martabat persilatan Melayu.

“Ini bukan pengiktirafan kepada diri saya, tetapi juga kepada masyarakat dan semua penggiat persilatan yang berjuang memelihara seni warisan bangsa,” katanya ketika dihubungi.
Pengiktirafan itu turut dianggap sebagai penghormatan kepada masyarakat setempat yang sentiasa mendokong usaha pemeliharaan seni warisan budaya.
RENTAS7
Leave a Reply