APM jerut sepasang ular tedung

Anggota APM berjaya menjerut sepasang ular tedung yang berada di bawah bangsal penduduk

SIK-Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sik mengambil masa 25 minit sebelum berjaya menjerut sepasang ular tedung di Kampung Sungai Setar Jeneri pada Sabtu lalu.

Pegawai APM Sik Lt. (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, anggotanya menerima aduan ketika dalam perjalanan ke rumah orang awam yang menghadapi gangguan tebuan.

Menurutnya, sejurus tiba di lokasi, reptilia berkenaan didapati berada di kawasan bangsal dipercayai untuk bertelur.

“Anggota APM Sik sedang dalam perjalanan ke rumah orang awam yang menghadapi masalah gangguan serangga iaitu tebuan di dalam rumah mereka.

“Alhamdulillah berkat pengalaman dan kemahiran anggota, kedua reptilia berbahaya tersebut berjaya ditangkap menggunakan peralatan khas,”katanya.

Beliau juga menasihati orang awam agar berhati-hati berikutan musim ular bertelur yang menyebabkan haiwan berkenaan bertindak sangat agresif.

Sebarang aduan boleh terus hubungi APM SIK di talian 04 469 8221.

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.