ALOR SETAR- Sebuah kawasan di Bukit Selambau akan dicadangkan sebagai zon industri berat khusus bagi operasi kilang plastik kitar semula. Exco Perumahan dan Alam Sekitar. Dr. Robert Ling Kui Ee berkata, sekiranya dipersetujui, kilang yang mempunyai lesen pada masa kini boleh memindahkan aktiviti mereka ke kawasan berkenaan. Namun katanya, kilang terbabit perlu mematuhi syarat-syarat ketat seperti pematuhan 18 syarat dari KPKT, ...
KUALA LUMPUR- Kerajaan baharu tidak akan beri muka kepada pelarian pendatang tanpa izin (Pati) etnik Rohingya yang masuk secara haram ke negara ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelarian Rohingya tidak dibenarkan tinggal dalam negara ini. "Kita tidak akan biarkan pelarian Rohingya yang masuk secara haram untuk terus tinggal di negara kita. "Kita akan bincang ...
SUNGAI PETANI- Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM) menyifatkan Pelan Jana Ekonomi Negara (PENJANA) sebagai satu pelan paling efektif. Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus berkata, pelan berkenaan dilihat amat berkesan dalam memulihkan semula ekonomi negara dan rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19. "PENJANA dirangka dan dipelan dengan menyentuh keperluan negara dan rakyat secara dasar. "PAMM mewakili rakyat Kedah dan seluruh rakyat ...
KUALA LUMPUR- Malaysia menerima sumbangan 13 jenis barangan dan peralatan perubatan dari Kementerian Pertahanan Nasional Republik Rakyat China, hari ini. Barangan dan peralatan itu disumbangkan bagi kegunaan petugas barisan hadapan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi berdepan penularan wabak COVID-19. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kesemua barangan itu diterbangkan dari negara China ke Malaysia dengan menggunakan pesawat ...
KUALA LUMPUR- Singapura menzahirkan komitmen penuh bagi mengeratkan hubungan melibatkan hal ehwal Islam dengan Malaysia. Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, hal itu dinyatakan Menteri bagi Hal Ehwal Masyarakat Islam Singapura Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli melalui panggilan talefon kepadanya, petang tadi. "Beliau menyampaikan ucapan tahniah kepada saya dan menzahirkan komitmen penuh bagi mengeratkan hubungan Malaysia dan Singapura ...
BALING- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu mengulangi pendirian mempertahankan Gunung Pulai daripada operasi kuari batu kapur. Abd Nasir Idris berkata, pendirian beliau dan semua pimpinan PAS tetap sama iaitu pastikan Gunung Pulai selamat walaupun kini bukan lagi wakil rakyat pembangkang. "Jika mahu teruskan memang peliklah. Masa kita jadi pembangkang, saya sebagai wakil rakyat berjuang sehabis-habisan mempertahankan Gunung Pulai. "Macam-macam ...
SUNGAI PETANI-- "Nyawa perlu dibalas nyawa", itu reaksi Ketua Penyelaras Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Kedah terhadap pamandu mabuk. Datuk Mustaffa Idrus berkata, pemandu mabuk yang mengakibatkan kemalangan maut perlu dihukum dengan hukuman mati mandotori. "Nyawa perlu dibalas dengan nyawa, itulah keadilan! Jika nyawa hanya diganti dengan hukuman tidak setimpal, saya rasa mungkin haiwan lebih bertamadun. "PUTRA Kedah menyokong penuh ...
ALOR SETAR-Mantan Exco Agama Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh seperti hilang pertimbangan apabila membidas keputusan pihak berautoriti yang masih belum membenarkan solat Jumaat di Kedah kepada umum. Ismail yang sebelum ini turut memegang portfolio kesihatan, pembangunan luar bandar dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengkritik keputusan berkenaan melalui halaman Facebook rasminya semalam. "Amat mengecewakan di negara yang paling ramai mufti, pelbagai ...
KUALA LUMPUR- Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 mungkin diadakan pada tahun ini sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus berusaha menumbangkan kerajaan yang sah. Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Isham Jalil berkata, Tun Dr Mahathir semalam mencabar Bersatu memecatnya. Menurutnya, bekas Perdana Menteri itu juga langsung tidak mengendahkan titah Yang Dipertuan Agong di Parlimen baru-baru ini supaya tidak ...
KUALA LUMPUR- Kes kemalangan berpunca pemandu mabuk yang semakin meningkat mutakhir ini dipandang serius oleh kerajaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan akan mengambil tindakan tegas berhubung kes kemalangan maut pengguna jalan raya membabitkan pemandu mabuk. "Langkah segera yang akan diambil ialah memastikan cadangan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang dimuktamadkan ...













