KUALA LUMPUR-Sikap tamak Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam berebut kuasa ditegur pendakwah. Menerusi kenyataan di Facebook, Ustaz Dusuki Abd Rani mengingatkan kedua pemimpin itu tentang kematian. Kata pendakwah bebas itu, amat menghairankan apabila kedua-dua pemimpin itu berebut untuk sesuatu yang tidak layak dimiliki bahkan tidak mempunyai majoriti sokongan. "Jika sudah cukup mengapa tidak ...
KUPANG- Sebanyak 10 rumah yang mengalami kerosakan akibat ribut pada 24 April lalu dibantu kerajaan negeri, hari ini. Mereka yang terlibat adalah dari Kampung Sirako, Kampung Tebing Tinggi, Kampung Kuala Pegang, dan Lubok Kabu. Kesemuanya menerima sumbangan dalam bentuk tunai. Terdahulu, wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Hassan Saad bersama wakil Pejabat Daerah Baling turun padang menziarahi kesemua keluarga berkenaan ...
PATANI-Pendapatan rakyat Thailand yang membuka perniagaan di Malaysia terjejas ekoran penutupan pintu sempadan di kedua-dua buah negara. Wakil peniaga Thailand, Rahmat,41,berkata, dia amat berharap dapat masuk semula ke Malaysia bagi membuka semula kedai makan. "Sejak pintu sempadan kedua-dua buah negara ditutup pada Mac lalu, kami tak dapat lagi masuk ke Malaysia sampai sekarang. "Pendapatan kami terjejas. Kami harap dapat kembali ...
KUALA LUMPUR- Malaysia memperhebatkan kerjasama ketenteraan melalui kerjasama erat dengan Rusia. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Ismail Sabri, berkata demikian selepas menerima kunjung hormat Duta Besar Rusia di Malaysia Encik Naiyl M. Latypov dan delegasi, semalam. "Kami membincangkan mengenai memperkukuhkan hubungan pertahanan antara kedua-dua negara terutamanya latihan ketenteraan. "Menghantar anggota tentera ke akademi tentera di Rusia serta kerjasama di dalam industri ...
PUTRAJAYA - Kementerian Perpaduan Negara telah menubuhkan Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) di peringkat kebangsaan yang dipengerusikan oleh Menteri Kanan Kluster Sosial dan dianggotai oleh tokoh-tokoh masyarakat merangkumi pelbagai sektor termasuk wakil dari Badan Bukan Kerajaan (NGO), pihak swasta dan individu yang berpengalaman dan berkepakaran dalam bidang perpaduan. Kementerian Perpaduan dalam satu kenyataan berkata, perkara itu selari dengan pengemaskinian dan penyusunan ...
KUALA LUMPUR-Pelarian Rohingya termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI) akan dihantar pulang melalui bantuan Bangladesh. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerjasama erat daripada Bangladesh amat diharapkan. "Kita juga menitipkan harapan dan komited yang berterusan dari kerajaan Bangladesh, untuk terus berganding bahu menangani pelarian Rohingya secara bersama termasuk penghantaran balik Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari ...
PUTRAJAYA– Penubuhan National Technology & Innovation Sandbox (NTIS) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Jumaat lalu akan mendorong perkembangan inovasi dan kreativiti dalam negara dengan memangkin usaha seperti pendigitalan penawaran perkhidmatan dan peningkatan kadar pengkomersialan produk tempatan, teknologi serta perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) baharu. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam satu kenyataan berkata, NTIS ...
KUALA LUMPUR-Perdana Menteri memuji sikap jemaah di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tan Sri Muhyiddin Yassin berkesempatan bersolat Jumaat di masjid berkenaan setelah ia dibuka kepada umum. Beliau berkata, berdasarkan perhatian, pengurusan masjid telah memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dipatuhi. "Lebih membanggakan saya, para ...
ALOR SETAR- Kerajaan negeri menafikan memberikan kebenaran kepada umum bagi melaksanakan aktiviti ibadah di surau masjid seperti mana ditularkan di media sosial. Exco Agama Kedah, Brigadier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad berkata, sehingga hari ini, kerajaan negeri belum mengeluarkan sebarang keputusan rasmi berkaitan perkara berkenaan. Menurutnya, kerajaan negeri bertanggungjawab memelihara keselamatan jemaah daripada wabak COVID-19, namun dalam masa sama tetap ...
KUALA LUMPUR- Hanya pelajar yang sihat dibenarkan hadir ke sekolah apabila sesi persekolahan pada 24 Jun ini. Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin berkata, ibu bapa juga perlu memastikan anak yang sihat sahaja dihantar ke sekolah. Selain itu katanya, antara perkara penting yang perlu sentiasa diberi perhatian adalah amalan penjarakan sosial dan kerap membasuh tangan. "Kerjasama erat ibu bapa, guru, ...













