ADUN tak kisah lepak malam

KUALA KETIL-Sibuk dengan jadual padat tidak menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil untuk bersantai bersama anak-anak muda pada waktu malam.

Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, beliau bertemu kira-kira 50 orang belia yang juga merupakan Pemuda Pas di pekarangan Masjid Parit Panjang, baru-baru ini demi mengeratkan ikatan ukhwah.

Menurutnya, pertemuan itu juga dijadikan medan berkongsi idea dan pandangan di antara pemimpin dan pemuda.

“Program itu dirancang dan dianjurkan oleh Pemuda Pas Parit Panjang. Walaupun hujan lebat pada malam itu, tetapi program berjalan lancar.

“Sambil membakar ayam, saya juga mendapatkan maklumat isu semasa daripada mereka,”katanya.

Mansor dua kanan menyampaikan sumbangan kepada Pemuda Pas

Beliau berkata, dalam program itu beliau turut menyumbangkan ayam, hampers dan bola sepak supaya golongan belia rasa dihargai.

Tambahnya, program berkenaan wajar diadakan lagi kerana ia antara lain dapat memberikan hala tuju lebih jelas kepada anak muda dalam menghadapi PRU15 tidak lama lagi.

Renta7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.