Thailand tuduh 13 penyerang Renjer Thailand Sembunyi Di Malaysia

Malaysia - Thailand akan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama keselamatan serantau

KUALA LUMPUR -Thailand menuduh seramai 13 individu yang dipercayai terlibat dalam serangan sehingga mengorbankan lima anggota Renjer Thailand di Tanjung Mas, Narathiwat pada 22 Julai lalu, bersembunyi di Malaysia.

Perkara itu dikongsikan oleh wartawan Patani, Tuwaedaniya Meringing kepada umum.

Menurut beliau, Menteri Pertahanan Thailand telah berkunjung ke Kuala Lumpur bagi mengadakan perbincangan dengan Menteri Pertahanan Malaysia berhubung insiden berkenaan.

Perkara dikongsikan wartawan tempatan yang bertugas dengan TV 3 dan Bernama Malaysia

“Menteri Pertahanan Thailand terbang ke Kuala Lumpur untuk berbincang dan memohon kerjasama Menteri Pertahanan Malaysia susulan kejadian tembakan ke atas lima anggota renjer di Narathiwat. Thailand percaya 13 pelaku telah memasuki Malaysia dan bersembunyi di sini,” katanya di Facebook.

Media tempatan sebelum ini melaporkan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima kunjungan rakan sejawatnya dari Thailand, Leftenan Jeneral Adul Boonthumjaroen, di Kementerian Pertahanan pada Selasa lalu.

Walaupun rangka pertemuan itu tidak diumumkan secara rasmi, laporan media menyebut kedua-dua negara dijangka memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama keselamatan serantau. Malaysia dan Thailand turut dijangka memperluaskan kerjasama dalam pembangunan industri pertahanan kedua-dua negara.

Sementara itu, salah satu kumpulan pembebasan Patani, PULO, sebelum ini menafikan penglibatan mana-mana kumpulan pejuang dalam serangan terbuka tersebut.

Dalam masa yang sama, bunyi-bunyi yang beredar dalam kalangan sebahagian besar penduduk tempatan percaya bahawa pihak berkuasa Thailand sebenarnya lebih mengetahui identiti sebenar semua pelaku .

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.