Kebajikan penduduk sentiasa diberikan perhatian

PKRB menyantuni salah seorang pesakit

Laporan: Ilyas Salleh

KUALA KETIL -Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Baling terus komited memastikan kebajikan golongan uzur, pesakit kronik dan mereka yang memerlukan sentiasa mendapat perhatian.

Mewakili Ahli Parlimen Baling, YB Ustaz Hassan Saad, wakil beliau, En. Hashimi Md Isa, telah mengadakan ziarah kebajikan ke lima buah keluarga di Kampung Tembak B dan Kampung Batu Lintang semalam.

Antara yang diziarahi ialah En. Roshan Omar yang mengalami serangan angin ahmar, Puan Radzah Shaari yang menghidap penyakit kronik, En. Ahmad Zafari Kamsar yang menghidap penyakit saraf serta Puan Norshakirah Ismail yang mengalami kecederaan serius selepas kemalangan motosikal sehingga patah tulang paha.

En Hashimi Md Isa kiri menyampaikan bantuan bakul makanan kepada salah sebuah keluarga pesakit

Dalam ziarah tersebut, bantuan bakul makanan turut disampaikan sebagai tanda keprihatinan bagi meringankan beban keluarga yang terlibat.

Pada masa sama, setiap keluarga turut ditanya mengenai keperluan semasa mereka agar tindakan susulan dapat diambil oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Baling mengikut keperluan yang dikenal pasti.

Program ziarah ini turut disertai Pengerusi Majlis Ketua Kampung Kampung Tembak B dan Kampung Batu Lintang.

Kebajikan penduduk sentiasa diambil berat oleh PKRB dan Pengerusi Majlis Ketua Kampung yang dilantik

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Baling akan terus komited menyantuni rakyat serta memastikan kebajikan golongan uzur, pesakit dan mereka yang memerlukan sentiasa diberi perhatian serta dibela.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.