Musuh durjana dan pengkhianat agama mula ketakutan

Dalam kes kuil haram, undang-undang dilihat sangat berat sebelah

KUALA LUMPUR-Sejak malam tadi di media sosial, tular kesedaran daripada persatuan-persatuan persilatan Melayu yang menggerakkan laporan polis terhadap penceroboh tanah Yayasan Kubra Rawang, Selangor secara besar-besaran.

Daripada semua gambar-gambar itu, dapat disimpulkan bahawa:

“Berselerak taburlah semua gangsterisme kuil-kuil haram termasuk pengkhianat negara dan agama.”

Menurut perkongsian aktivis, Cikgu Fadli Salleh, persatuan-persatuan itu mensasarkan 313 laporan polis.

Ia menunjukkan hilangnya kepercayaan rakyat kepada pihak berkuasa.

Dengan nada tegas, persatuan-persatuan ini menyuarakan bahawa mereka tidak akan membiarkan perkara berlaku berlaku begitu saja, tetapi masih berpaksi kepada undang-undang tanpa menimbulkan onar atau rusuhan.

Isu ini bukanlah pertembungan kaum atau agama, tetapi jelas hanya melibatkan tuan tanah dengan penceroboh. Mana-mana kuil yang dibina mengikut undang-undang tidak pernah diganggu. Semua kaum hidup aman dan harmoni di bawah negara bernama Malaysia.

Tetapi apabila isu kuil haram ini timbul, dan peranan kerajaan serta pihak berkuasa tampak hilang, maka api pergeseran menentang penceroboh tanah semakin bernyala.

Api ini tidak hanya membakar kemarahan orang Melayu; ramai juga dalam kalangan kaum Cina dan India tidak bersetuju dengan tindakan penceroboh daripada kaum mereka sendiri.

Justeru, sekiranya ada cubaan menimbulkan darurat seperti andaian pemerhati, netizen atau mana-mana pihak, jawapannya kerajaan yang semakin gagal ini akan jatuh terlebih dahulu.

Keharmonian dan keamanan negara ini sudah pasti akan dipertahankan umat Melayu Islam itu sendiri sebagai tuan tanah berdaulat, serta semua kaum yang cintakan kedamaian.

***
Kemarahan rakyat semakin timbul selepas kerajaan dan pihak berkuasa; Pihak Berkuasa Tempatan dan polis, gagal dalam memainkan peranan masing-masing.

Makna gagal itu sendiri merujuk kepada hilangnya peranan kerajaan dan pihak berkuasa dalam menyelesaikan isu kuil- kuil haram, serta hilangnya kepercayaan rakyat terbesar dalam negara ini, iaitu Melayu Islam, kepada dua entiti tersebut.

Sebaliknya, apa yang berlaku, penceroboh seperti dilindungi dan diberikan keistimewaan, manakala pihak yang melawan pencerobohan ditangkap umpama pengganas besar.

Kes Tamim Dahri dan tiga rakan yang ditangkap pihak polis selepas merobohkan kuil haram di Taman Rawang Perdana membuktikan undang-undang di negara ini hanya menjadi mainan politik pihak berkuasa.

Keempat-empat aktivitis itu diminta bantuan oleh tuan tanah selepas pihak yang mempunyai kuasa dan dibayar gaji setiap bulan , setiap tahun tanpa gagal tetapi gagal, bodoh, naif dan tidak melakukan kerja sepatutnya.

Seksyen 44 Kanun Tanah Negara dengan jelas menyatakan bahawa pemilik tanah berhak sepenuhnya ke atas tanah tersebut. Sekiranya berlaku pencerobohan pada tanah milik persendirian, pemilik tanah berhak mengambil apa-apa sahaja tindakan yang difikirkan wajar tanpa perlu mendapatkan persetujuan atau kebenaran daripada pihak berkuasa.

Ini kerana akta ini memberikan hak eksklusif (shall be entitled to exclusive use and enjoyment of the land).

Tamim Dahri dan rakan-rakan yang ditahan telah bertindak mengikut lunas undang-undang seperti dinyatakan dalam seksyen di atas.

Malangnya, kerajaan dan pihak berkuasa terlalu lemah dalam mengendalikan isu ini, sehingga mengundang kebimbangan bahawa pihak-pihak berkaitan mungkin diikat dengan anasir rasuah.

Kegagalan kerajaan dan pihak berkuasa itu sendiri memberikan banyak ruang dan keselesaan kepada pencerobohan serta gangsterisme kuil-kuil haram, manakala tuan tanah Melayu itu sendiri ditekan habis-habisan.

Isu sebenar yang perlu diberi perhatian ialah ketelusan, konsistensi dan keberanian penguatkuasaan. Jika undang-undang dilaksanakan secara adil tanpa mengira latar belakang mana-mana pihak, polemik seperti ini tidak akan berpanjangan.

Rakyat tidak menuntut keistimewaan tetapi rakyat menuntut keadilan.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.