Jangan bagi muka kepada puak penceroboh hutan Pahang

Dato' Mustaffa Idrus

ALOR SETAR -Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah menuntut penceroboh tanah kerajaan di Raub Pahang tidak diberikan muka.

Pengerusinya Datuk Mustaffa Idrus berkata, mereka yang menceroboh tanah kerajaan itu ibarat kuman yang akan mendatangkan penyakit jika tidak diubati.

“Kelompok-kelompok tidak tahu malu dan tidak sedar ini semakin lama semakin melampau.

“Mereka dengan beraninya secara terbuka mempertahankan tindakan mereka menceroboh tanah kerajaan untuk menanam musang king,”katanya.

Beliau berkata, sikap biadap mereka sama seperti kaum Yahudi yang asalnya datang sebagai penumpang sebelum akhirnya menghalau dan membunuh penduduk Palestin sebagai penduduk asal.

“Mengambil pengajaran daripada kisah saudara-saudara kita di Palestin, PAMM menuntut kerajaan negeri Pahang tidak memberikan sebarang ruang kepada sekumpulan pekebun Cina yang menceroboh dan melakukan aktiviti pertanian haram di atas tanah kerajaan.

“PAMM menzahirkan ucapan tahniah atas tanggungjawab dan amanah telah dilakukan kerajaan negeri Pahang bersama pihak berkuasa dengan pelaksanaan operasi pemusnahan kebun durian musang king haram di Sungai Ruan dan Sungai Klau bermula 8 April yang lalu.

“Apa dilakukan oleh kerajaan negeri Pahang adalah menurut undang-undang dan tidak membelakangi mahkamah.

“Pada 24 April tahun lalu Mahkamah Tinggi telah pun menolak permohonan semakan kehakiman 186 pekebun Musang king di Raub terhadap keputusan Kerajaan Negeri Pahang yang mengeluarkan notis arahan pengosongan tanah.

“Bahkan Hakim Mohd Radzi Harun juga memutuskan bahawa kelompok pekebun berkenaan tidak mempunyai sebarang hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah milik kerajaan negeri.

“Tetapi puak-puak ini dengan bantuan pemimpin DAP semakin berani dan lantang mempertahankan hak mereka yang salah, seolah-soalah mereka dizalimi.

“Inilah kaedah Yahudi yang menipu dunia, konon-kononnya dizalimi dan akhirnya apabila telah mendapat perhatian mereka mula mengambil kesempatan.

“PAMM, NGO-NGO lain dan seluruh rakyat Malaysia berdiri teguh di belakang Kerajaan Negeri Pahang. Kami sentiasa menyokong segala usaha kerajaan negeri menjaga tanah air daripada diceroboh,”katanya.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.