KOTA KINABALU- Gelombang penolakan rakyat Sabah terhadap UMNO, GRS serta sekutu Pakatan Harapan (PH) semakin ketara, sekali gus membuka laluan lebih luas kepada kebangkitan semula Parti Warisan pada pilihan raya negeri akan datang, kata Timbalan Pengerusi Warisan Kedah, Dato’ Dr Mustafa Idrus. Mustafa berkata penolakan ini jelas dikesan sepanjang siri jelajahnya di pelbagai daerah, apabila rakyat menyatakan rasa kecewa terhadap ...
SEMPORNA-Timbalan Pengerusi Parti Warisan Negeri Kedah, Dato' Dr Mustafa Idrus, menyatakan keyakinan penuh terhadap kemampuan kepimpinan Presiden Warisan, Dato’ Sri Shafie Apdal, dalam menghadapi persaingan politik di Sabah. Beliau berkata keyakinan itu hadir selepas beliau sendiri turun ke lapangan, berjumpa masyarakat dan mengikuti rapat perkembangan kempen serta mood pengundi di kawasan terlibat. Menurut Dato' Dr Mustafa, sambutan rakyat terhadap Warisan ...
KUALA LUMPUR- Timbalan Pengerusi Parti Warisan Negeri Kedah, Dato' Dr Mustafa Idrus menjangkakan bahawa Parti Warisan berpotensi besar untuk meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal diadakan tidak lama lagi, hasil daripada kebangkitan semula kesedaran rakyat terhadap pentingnya kepimpinan yang lahir dari bumi Sabah sendiri. Dato' Dr Mustafa berkata, bahawa perkembangan politik semasa di Sabah menunjukkan rakyat ...
KUALA LUMPUR -Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM) menzahirkan rasa kesal terhadap sikap tidak beradab segelintir Ahli Parlimen yang semakin jauh daripada nilai keilmuan dan kesopanan dalam sidang Dewan Rakyat kebelakangan ini. Pengerusinya, Dato’ Mustafa Idrus, berkata Parlimen seharusnya menjadi medan berhujah secara ilmiah dan berpaksikan fakta, bukannya tempat untuk jeritan, ejekan dan sindiran yang merendahkan martabat institusi tertinggi ...
Meskipun turun dengan prestasi yang tidak menentu, Vietnam tetap mempunyai kelebihan besar untuk melangkah ke Piala Asia 2027. Meskipun sekadar di tangga kedua kumpulan, peluang mereka ke pentas akhir sangat cerah, lebih-lebih lagi apabila Malaysia berdepan kemungkinan dipotong enam mata susulan kes pemain warisan yang masih belum diputuskan AFC. Tidak masuk akal sekiranya skuad kebangsaan yang telah didapati bersalah ...
KUALA LUMPUR -Manis-manis yang ditunggu penyokong, termasuk harapan tinggi yang dimainkan di beberapa halaman sukan, akhirnya kembali kepada kenyataan sebenar apabila FAM disahkan bersalah oleh FIFA. Dalam keputusan terbaharu dikeluarkan 3 November, badan induk dunia itu mengekalkan hukuman ke atas FAM serta tujuh pemain warisan kontroversi selepas FAM gagal membuktikan asas kukuh terhadap dakwaan pemalsuan dokumen. Perkembangan ini menyaksikan ...
ALOR SETAR -Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah menggesa kerajaan membatalkan segera Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) 2025 antara Malaysia dan Amerika Syarikat yang didakwa berat sebelah serta merugikan kepentingan negara dan rakyat tempatan. Pengerusinya, Dato’ Mustafa Idrus berpandangan, tindakan Malaysia menandatangani perjanjian itu tanpa melalui proses penelitian mendalam seperti dilakukan oleh negara jiran menunjukkan sikap tergesa-gesa dan kurang ...
KUALA LUMPUR- Tokoh akademik dan aktivis kemanusiaan, Prof. Dr. Zainur Rashid Zainuddin, mencadangkan agar individu yang merupakan peminum arak, mengalami penyakit kronik atau masalah mental dikecualikan daripada bertanding dalam pilihan raya. Beliau turut menegaskan keperluan mewajibkan saringan kesihatan kepada semua calon Pilihan Raya Umum (PRU) sebagai langkah memastikan kepimpinan negara diterajui oleh individu yang sihat dan berkeupayaan penuh. “Sebaiknya semua ...
KUALA LUMPUR-Antara senjata utama skuad Malaysia di bawah bimbingan K. Rajagobal suatu ketika dahulu banyak bergantung kepada kemahiran menggelecek Mat Yo di dalam kawasan penalti. Pemain sayap lincah yang nama sebenarnya Norshahrul Idlan Talaha itu sering menjadi duri dalam daging pertahanan lawan dengan keupayaannya mengawal bola hampir ke garisan gol tanpa keluar padang, sebelum melorongkan hantaran tepat untuk disudahkan ...
Laporan: Fatimoh Ja'ae PATANI-Sekumpulan tentera Thailand bertempiaran lari apabila landasan keretapi yang mereka lalui tiba-tiba meletus dengan dentuman bom yang kuat. Rakaman CCTV menunjukkan lima anggota sedang rondaan rutin, tetapi dua daripadanya tidak sempat melarikan diri dan mengalami kecederaan parah. Letupan berlaku di Kampung Maruebo Tok, Mukim Maruebo Tok, Daerah Ra-Ngae, kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan semalam ...













