ALOR SETAR- Kedah akan mengenakan bayaran bekalan air mentah terhadap Pulau Pinang. Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, selama ini Pulau Pinang menerima sumber air dari kawasan tadahan air Ulu Muda secara percuma. Justeru itu katanya, kerajaan negeri telah menghantar surat rasmi kepada Pulau-Pinang bagi menuntut bayaran yang hanya berjumlah 10 sen bagi setiap satu meter padu air mentah. ...

SUNGAI PETANI- Kerajaan dibawah Perikatan Nasional (PN) digesa mengkaji semula cadangan untuk menambah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) atau bakal hilang kepercayaan orang Melayu. Ketua Penyelaras Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Mustaffa Idrus berkata, pembinaan lebih banyak SJKC hanya menguntungkan aliran sekolah vernakular. Menurutnya, sekiranya kerajaan tidak membatalkan cadangan berkenaan, undi kaum Melayu akan berpecah dan menguntungkan kaum lain. ...

ALOR SETAR- Gua Air di Kampung Tok Patah, Baling akan diberikan perhatian sebagai salah satu produk pelancongan domestik. Exco Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan dan Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kedah, Mohd Firdaus Ahmad berkata, Gua Air merupakan penemuan terbaru dan kerajaan negeri akan melihat potensi yang ada pada gua berkenaan untuk dibangunkan. "Insha Allah pada Sabtu ini (29 ...

KUALA LUMPUR-Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menuntut kawalan sempadan diperketatkan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dari luar negara. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ada negara lain yang sedang menghadapi ancaman gelombang baharu penularan COVID-19. Menurutnya, perkara sama boleh berlaku di Malaysia jika kita leka dan memandang remeh situasi di Malaysia "Kawalan sempadan perlu terus dipertingkatkan dengan ...

KUALA LUMPUR-Malaysia mengulangi pendirian untuk tidak melayani sebarang tuntutan Filipina ke atas Sabah kata Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. "Saya telah jelaskan sebelum ini dan sekali lagi saya hendak tegaskan kepada semua pihak di luar sana, Sabah merupakan sebahagian daripada Malaysia buat selama-lamanya. "Jadi jangan cuba-cuba hendak mempertikaikannya,"katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata, pendirian kerajaan Malaysia ...

KUALA LUMPUR-Lim Guan Eng cuba mengheret Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) dalam isu rundingan terus projek walaupun pendedahan dibuat berkaitan dirinya. Bekas Menteri Kewangan itu dilihat enggan mengalah selepas Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz mendedahkan sebanyak 101 projek yang melibatkan jumlah RM 6.61 bilion diluluskan secara runding terus pada zaman Pakatan Harapan (PH). "Menteri Kewangan dicabar ...

JAKARTA- Seorang kanak-kanak lelaki yang belum pun mengerti halal dan haram menjadi mangsa buli sekumpulan lelaki sehingga mabuk. Walaupun masih terlalu kecil, kumpulan itu tergamak memberikannya minuman keras. Media Indonesia, Suara melaporkan, kejadian berlaku di sebuah kawasan di Sulawesi Selatan. Aksi itu dirakam dan tular dan ditonton ribuan kali. Perbuatan jahat lelaki tersebut dikecam warganet Indonesia. Menerusi video itu, salah ...

TAIZ-Seorang gadis berusia sembilan tahun ditembak di kepala oleh penembak tepat kumpulan Houthi ketika cuba mendapatkan air di Kota Barat Daya Yaman di sini. Media antarabangsa melaporkan, sejurus ditambak dengan kejam, mangsa ditarik oleh abangnya. Sekeping gambar yang tular mulai 18 Ogos lalu menunjukkan gadis kecil itu diheret abangnya ke lokasi lebih selamat dengan keadaan darah yang mengalir dari kepala. ...

KUALA LUMPUR-Keceluparan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman mempersenda agama ditegur pendakwah bebas. Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani berkata, berdosa besar bagi individu yang sudah mencapai akil baligh mempersendakan agama. "Bercakap atau menulis tu biar rasa ada dosa dan pahala, jika kata kata ‘budak baru aqil baligh’ ni segaja. "Ia merupakan dosa besar mempersenda kan hukum agama. ...

JOHOR BAHRU-Mahkamah Majistret Kluang pada 20 Ogos lalu menjatuhkan hukuman denda RM5000 kepada seorang lelaki warganegara kerana mengemukakan maklumat palsu dalam pendaftaran bayi kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Lelaki tersebut disabit atas kesalahan Seksyen 36 (1) (b) Akta 299 kerana dengan sengaja mengemukaka maklumat palsu dalam pendaftaran kelahiran bayi. Jika gagal menjelaskan denda, penjara enam bulan menanti lelaki tersebut. Menurut ...