YDPA titah ahli politik henti ganggu pentadbiran negara, Mat Sabu tuntut PM letak jawatan

Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR-Presiden Amanah, Mohamad Sabu menuntut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan.

Desakan itu dibuat tidak lama selepas Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdulllah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengumumkan tidak akan mengisytiharkan darurat buat masa ini.

Bagaimanapun kenyataan di Facebook Presiden Amanah itu telah dipadam selepas dikecam hebat netizen.

Netizen menyifatkan Mohamad Sabu atau dikenali Mat Sabu membelakangi titah YDPA.

Beberapa minit kemudian, muncul kenyataan terbaru di mana Mohd Sabu menjunjung kasih di atas keputusan YDPA dan Majlis Raja-raja Melayu yang menolak keputusan Kabinet Perdana Menteri untuk mengisytiharkan darurat.

Kenyataan Mat Sabu di Facebook sebelum dipadam

Begitu pun, ia tidak dapat menutup kenyataan awalnya, pemimpin sekutu baik DAP itu terus dikritik hebat warganet.

Jumaat lalu, Muhyiddin Yassin menghadap YPDA di Istana Abdul Aziz Kuantan Pahang bagi memohon pelaksanaan Darurat Perkara (150) 1 dan Pemasyuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150 (2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi wabak COVID-19 di negara ini.

Rentas7.com

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.