Dua gugur bertempur askar Thailand

Jenazah dua pemuda yang syahid itu dikebumikan pada 25 Disember lalu

PATANI– Dua pejuang kumpulan kemerdekaan Patani maut dalam pertempuran dengan tentera Thailand di Mukim Paku pada 24 Disember lalu.

Mangsa syahid bernama Zakaria Syamsudin dan Adnan Yahya.

Menurut media tempatan , pertempuran bermula jam 1.00 petang waktu tempatan selepas ratusan tentera mengepung kawasan Kampung Bukit Tanah Mukim Paku daerah Thunyang.

Pertempuran berlanjutan sehingga jam lapan malam.

Jezanah kedua-dua syuhada dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Mebalor dan Kampung Mayor pada keesokkan hari dengan ia dihadiri ratusan penduduk bagi memberikan  pernghormatan terakhir.

 

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.