Posted byrentas7
November 28, 2025
November 28, 2025
Mustafa kiri dan Dato' Sri Jaujan Sembakong bertemu rakyat Sabah
SEMPORNA— Timbalan Pengerusi Warisan Kedah, Dato’ Dr Mustafa Idrus, menyuarakan keyakinan bahawa Calon Sulabayan, Dato’ Seri Panglima Jaujan Sambakong, berpotensi besar untuk kembali memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya negeri akan datang.
Beliau berkata kekuatan utama Jaujan ialah hubungan rapatnya dengan rakyat tempatan serta keperibadiannya yang mudah didekati.
“Beliau seorang pemimpin yang berada bersama rakyat sepanjang masa, bukan hanya ketika kempen.
” Sebagai anak jati di sini, beliau memahami semua lapisan masyarakat dan hampir mengenali setiap warga dengan nama. Itu ciri kepimpinan yang sukar ditandingi,” katanya.
Mustafa yakin Dato’ Sri Jaujan Sembakong antara calon yang akan diberikan mandat berbanding calon GRS, UMNO dan PH
Menurut Dato’ Dr Mustafa, barisan calon yang dipilih Presiden Warisan merangkumi mereka yang berpelajaran, berwawasan, dan berwibawa, terdiri daripada generasi muda, dewasa serta calon berpengalaman.
Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa Warisan mampu memenangi hingga 50 kerusi DUN, sekaligus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga.
Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa rakyat perlu lebih berwaspada terhadap gabungan kerajaan sedia ada.
“Terlalu banyak kerosakan dasar dan kepincangan berlaku di Sabah kerana pentadbiran silih berganti antara GRS, PH dan UMNO.
” Rakyat perlu menilai rekod lalu dan menolak pihak yang menjadi punca kerosakan kepada pentadbiran negeri,” tegasnya.
Katanya, masalah Sabah tidak akan selesai sekiranya kerajaan sedia ada terus diberikan mandat.
Leave a Reply