Jokowi ajak rakyat bersama tangani Covid-19

JAKARTA– Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi mengajak rakyatnya tidak panik berhadapan virus Covid-I9 .

Tegasnya, musuh sebenar masyarakat ketika ini bukan Covid-19 tetapi rasa cemas dan takut.

“Sebetulnya musuh terbesar kita saat ini bukan virus itu senditi, tetapi rasa cemas, rasa panik, rasa ketakutan, dan berita-berita palsu serta khabar angin.

“Kita sebenarnya harus yakin dengan fakta, informasi, solidariti bersama dan gotong-royong,”katanya kepada Liputan6, hari ini.

Beliau berkata, masyarakat tidak perlu terlalu bimbang kerana berdasarkan data diterima, 94 peratus pesakit virus itu berjaya sembuh.

Katanya, masyarakat perlu sentiasa menjaga kebersihan bagi mengelakkan jangkitan virus berkenaan dengan salah satunya ialah mencuci tangan dengan sempurna

Rentas7/ Foto: Liputan6

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.