Walaupun COVID-19, Indonesia memperkenalkan jersi baharu

JAKARTA- Persatuan Bola Sepak seluruh Indonesia (PSSI) tampak bersemangat mengharungi cabaran bagi tahun ini apabila memperkenalkan jersi baharu. (gambar)

Walaupun saingan Piala AFF Suzuki 2020 yang dijadual pada November serta baki akhir Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 belum jelas akan diteruskan kerana COVID-19, namun Indonesia seperti sudah bersedia mengharungi mana-mana cabaran.

Melalui laman rasmi PSSI di Facebook hari ini, persatuan itu memaparkan video ringkas jersi bagi aksi di gelanggang sendiri.

Seperti biasa, skuad Garuda menggunakan tema berwarna merah bagi jersi utama mereka itu dengan dihiasi sedikit warna putih pada bahagian kolar bulat.

MILLS merupakan pengeluar bagi jersi baru itu.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.