Bapa durjana perkosa anak hingga hamil

 

Kemas kini

TANGERANG SELATAN- Seorang remaja perempuan dari Kampung Onyam, Sukabakti, Curug, Kabupaten Tangerang hamil tujuh bulan akibat dirogol bapa kandung sendiri.

Kompas melaporkan, perbuatan terkutuk itu dilakukan lelaki tersebut di rumahnya di Kampung Onyam, Sukabakti, Curug, Kabupaten Tangerang, Indonesia sejak setahun lalu.

Ketua Polis Pangerang, AKBP Ferdy Irawan berkata, sebelum melempiaskan nafsu terhadap anak berusia 16 tahun, lelaki berusia 39 tahun itu telah bercerai dengan isterinya, dua tahun lalu.

Menurutnya, setelah hamil, usia kandungan mangsa diketuai selepas remaja itu melakukan pemeriksaan di hospital.

“Dan pada saat ini akibat perbuatan daripada pelaku, korban sudah hamil selama 26 minggu,”katanya kepada Kompas hari ini.

Beliau berkata, kejadian menimpa mangsa terbongkar selepas ibu mangsa melihat perubahan pada remaja berkenaan.

Remaja masih bersekolah itu akhirnya menceritakan segala yang dipendam saat mereka bertemu.

“Diajak bercerita oleh ibunya sehingga korban mengungkapkan semuanya, bahawa selama satu tahun mangsa diperkosa oleh ayah kandungnya,”katanya.

Ferdy berkata, mangsa mengakui diperkosa lelaki tersebut di bilik tidurnya.

Lelaki berkenaan telah ditahan polis Indonesia dan berdepan hukuman penjara selama 15 tahun.

Rentas7.com/ Foto: Kompas

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.