Tujuh daerah di Sabah dilanjutkan perintah berkurung

TAWAU-Kerajaan melanjutkan perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, perintah yang berakhir 6.00 petang ini dilanjutkan hingga September depan

“Perintah berkurung dari enam petang hingga enam pagi itu meliputi kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dikehendaki berada di dalam rumah.

“Orang lain tidak dibenarkan masuk atau berada di kawasan diisytiharkan antara enam petang hingga enam pagi pada tarikh dinyatakan,”katanya.

Beliau berkata, arahan perintah berkurung itu akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan pihak berkuasa.

“Ia bagi memastikan perairan berkenaan tidak mudah diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamatan para penyelidik menjalankan penyelidikan dan pelancong asing melawat pusat peranginan,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.