Operasi ketenteraan cemari Ramadan di selatan Thailand

Operasi ketenteraan melibatkan air, darat dan udara

YALA– Ramadan di selatan Thailand dicemari dengan operasi ketenteraan besar besaran .

Memetik media tempatan hari ini, ratusan tentera dikerahkan di Kampung Repil daerah Krongpinang wilayah Yala dalam operasi bermula jam 6 pagi waktu tempatan.

Belum jelas punca operasi digerakkan kata media Wartani

Dua lelaki telah ditahan dalam operasi berkenaan dikenali sebagai Suhaimi Jekyah,18 dan Abusufian Kalupae, 22 tahun.

Media melaporkan operasi melibatkan darat, udara dan air.

Memetik The Information News, sekurang-kurangnya 40 buah kereta, beberapa buah bot dan beberapa buah helikopter digunakan dalam operasi itu.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.