Tak sempat masuk Sabah, bot bawa warga Indonesia diusir

Bot yang membawa enam warga Indonesia ini diusir keluar

TAWAU– Sebuah bot penumpang yang membawa enam warga Indonesia ke perairan Tawau ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di perairan laut Sungai Melayu, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Polis, Mohd Nazari Ismail berkata, hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan membawa dua penumpang lelaki dewasa dan empat perempuan dewasa.

Menurutnya, mereka berumur lingkungan 25 hingga 40 tahun.

“Juragan serta penumpang telah diberi penerangan berkaitan Standard Operational Prosuder (SOP) COVID-19 -19 sepertimana yang telah ditetapkan dalam perintah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1998′.

“Bot tersebut diiring keluar dari perairan negara dan diarahkan supaya tidak kembali semula ke negara ini bagi mengekang penularan wabak penyakit covid-19,”katanya.

Beliau berkata, Ops Benteng kini memberi fokus kepada pendekatan pengusiran terhadap pendatang tanpa izin dan kemasukan warga asing berbanding tangkapan sebelum ini.

Menurutnya, pihak berkuasa mengambil pendekatan tersebut memandangkan antara punca peningkatan kes COVID – 19 dalam negara terutamanya di pantai timur Sabah adalah disebabkan tahanan yang positif menjangkiti tahanan lain pada sebelum ini.

“Kita tahu salah satu punca meningkatnya COVID – 19 di negara khususnya di pantai timur Sabah apabila pendatang tanpa izin ditahan dan bercampur dengan tahanan lain , akhirnya menjangkiti tahanan lain sehingga virus itu merebak sampai ke luar ( tahanan ).

“Jadi sekarang , kita membuat keputusan dari segi Ops Benteng , kita halau dan usir mereka sebelum memasuki kawasan sempadan perairan negara kita,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.