Haramkan segera DAP di Malaysia, lucutkan kewarganegaraan

SUNGAI PETANI- Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM) mahu penubuhan parti DAP diharamkan di negara ini.

Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus (gambar), berkata, DAP ternyata pengkhianat kepada negara dan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) kerana masih berusaha mencabar pelantikan Perdana Menteri kelapan.

“Mereka sangat biadap dengan keputusan YDPA, apa DAP mahu sebenarnya?

“PAMM menuntut kerajaan baru mengharamkan DAP termasuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang membantah keputusan YDPA,”katanya hari ini.

Tambahnya, YDPA telah berunding dengan semua pihak terlibat sebelum membuat keputusan terbaik untuk negara.

“Tetapi DAP dan segelintir orang Melayu tetap berusaha mencari jalan untuk wujudkan suasana tidak harmoni di Malaysia,”katanya.

Beliau berkata, PAMM mencadangkan kerajaan mewujudkan satu akta yang membolehkan taraf kewarganegaraan seseorang dilucutkan sekiranya terbukti mencabar dan menghina YDPA serta Perlembagaan.

“Kita juga ingin menasihati orang Melayu yang masih bersekongkol dengan DAP supaya kembali ke pangkal jalan.

“Jangan jadi pengkhianat kepada agama, bangsa dan tanah air. Hampir dua tahun memerintah, Pakatan Harapan (PH) sudah terbukti gagal mentadbir negara.

“Tempoh itu amat menyeksa rakyat, orang Melayu khususnya sangat sengsara dengan segala bentuk pengkhianatan DAP terhadap Islam, bangsa dan negara ini,”katanya.

Rentas7.com

 

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.