Laporan: Fatimoh Ja’ae
NARATHIWAT -Seorang sarjan tentera Siam maut dalam serangan hendap kumpulan pembebasan Patani dalam kejadian semalam (31 Disember 2024).
Sarjan Ananat Manjut maut di tempat kejadian dalam insiden tembak yang disasar kepadanya.
Kejadian berlaku pada jam 6 petang waktu tempatan di kawasan Sungai Padi Wilayah Narathiwat.
Kereta mangsa juga hangus terbakar di lokasi.
Serangan terbaru itu ibarat ‘hadiah’ akhir tahun kumpulan pembebasan Patani kepada kerajaan Thailand dengan konflik dijangka berterusan pada tahun 2025.
Salah satu kumpulan pembebasan, Barisan Revolusin Nasional (BRN) menuntut kerajaan Thailand memberikan komitmen lebih serius dalam soal proses damai di Patani.
RENTAS7








Leave a Reply