KUALA LUMPUR– Dulu ramai yang tidak percaya, sekarang semakin ramai celik mata selepas sedikit demi sedikit hak-hak Orang Melayu dihakis.
Pengerusi Pertubuhan Angkatan Masyarakat Melayu (PAMM) Negeri Kedah, Dato’ Mustaffa Idrus berkata, dua reformasi ingin dilakukan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming iaitu merasionalisasi subsidi dan menghapuskan pencen penjawat awam kini sudah berlaku.
“Sebelum mereka menang, ramai penyokong mereka menyuruh rakyat bersangka baik kononnya DAP tidak akan mengacau hak-hak orang Melayu.
“Selepas mereka menang, media pada awal 2024 telah melaporkan kenyataan Kor Ming untuk melakukan dua tranfomasi berkenaan yang sekarang ini sudah menjadi kenyataan,”katanya kepada pemberita.
Mustaffa berkata, PAMM sedih kerana dua perkara besar yang dicampuri kerajaan majoritinya berkaitan hak-hak orang Melayu.
“80 peratus yang bergantung kepada pencen selepas bersara adalah orang Melayu Islam.
“Mereka ini pesara-pesara yang banyak berjasa kepada negara seperti guru, polis, tentera dan banyak lagi.
” Penjawat awam baru tidak lagi menikmati pencen yang beerti, ekonomi orang Melayu sedang dilemahkan lagi.
“Terlalu melampau tindakan kerajaan hari ini. PAMM menyeru supaya rakyat khususnya orang Melayu yang menyokong PH dan UMNO bermuhasabah semula.
“Negara ini negara kita, biarlah orang Melayu yang menentukan masa depan negara ini. Bukan DAP, Bukan Nga Kor Ming,”katanya.
RENTAS7
Leave a Reply