PU Rahmat belum buat keputusan sertai parti Syed Saddiq

PU Rahmat

KUALA LUMPUR-Pencetus Umah (PU) Rahmat  atau nama sebenarnya Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan belum putuskan untuk menerima pelawaan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sertai parti baru.

PU musim pertama itu berkata, beliau dan beberapa lagi anak muda dipelawa oleh Syed Saddiq untuk bersama parti baru berasaskan anak muda.

“Semua pihak boleh memberi pelawaan tetapi sayalah yang akan memutuskan. Buat masa ini saya masih berfikir,”katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Menurutnya, baru-baru ini beliau hadir ke mesyuarat bertemu dengan anak muda berwawasan.

Katanya, mereka antaranya pejuang kemiskinan ( Syed Azmi), petani muda ( shahrizal Denci) pejuang orang Asli ( Shaq Koyok) dan ramai lagi.

“Saya seronok berkawan dengan pelbagai jenis manusia kerana akan meluaskan ufuk pemikiran saya,”katanya.

Terdahulu, media melaporkan, bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq mepelawa PU Rahmat sertai gerakan politiknya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.