Perang terakhir Kedah-Siam

(Kolum sejarah)

Akibat ditindas dan dipaksa mengiktiraf Siam sebagai salah satu kuasa besar, rakyat Kedah bersama- sama pemimpin akhirnya bangun menentang penjajahan kafir sehingga meletusnya perang agama dan jihad pada tahun 1838-1839.

Perang Kedah-Siam pada tahun tersebut disifatkan oleh pengkaji sejarah sebagai peperangan terbesar dan terakhir di antara kedua- dua belah pihak

Apa yang menariknya, beberapa tokoh ulama turut bersama- sama menyertai perang paling dahsyat itu.

Antaranya, Sheikh Abdul Samad Al- Falimbani yang merupakan pengarang kitab ‘ Hidayat -us- Salikin dan ‘ Sair- us Salikin’.

Bagi menghadapi tentangan sengit Siam, angkatan perang Kedah turut  mendapat bantuan dari Perak, Pulau Pinang, Kelantan, termasuk pejuang dari Sumatera dan Patani.

Menerusi angkatan tentera seramai 10,000 tentera, Kedah berjaya mengusir Siam keluar dari negerinya.

Negeri Kedah di bawah pimpinan Tunku Muhammad Saad turut berjaya menakluk selatan Siam pada ketika itu, namun akhirnya tewas selepas berlaku pertempuran seterusnya dengan pihak musuh di sana.

Dianggarkan hampir 1,000 nyawa terkorban di pihak Kedah termasuk Sheikh Abdul Samad Al- Falimbani yang turut terbunuh, manakala di pihak Siam mencatatkan jumlah kematian seramai 1,023 orang.

SUMBER: ANC

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.