Nik Razi stabil

KOTA BHARU- Nik Razi Nik Mat iaitu adik kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz dilaporkan stabil setelah menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia ( HUSM) Kubang Kerian.

( gambar Nik Razi yang tular)

 

Anakya, Nik Muhammad Hazim Nik Razi berkata, berbanding sebelum ini, tekanan darah ayahnya semakin meningkat.

 

“Hasil solat hajat yang didirikan juga doa yang tidak putus-putus dari ahli keluarga, sahabat-sahabat dan semua pihak digabungkan bersama pakar-pakar perubatan, Alhamdulillah, Tuan Guru Nik Razi semakin stabil hari ini,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian, hari ini.

 

Gambar Nik Razi  sedang terlantar di atas katil hospital sebelum ini tular di media sosial.

Sumber: Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.