BALING– Pekan Malau mempunyai kapasiti penduduk berjumlah kira-kira 500 orang.
Pekan dinamakan Malau ini terletak di selatan Baling dan bersempadan dengan daerah Kulim.
Mantan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Pekan Malau, Raman Shariff,57, berkata, pekan itu wujud sejak negara menyambut kemerdekaan pada tahun 1957.
Raman berkata, pemilikan ladang oleh British telah bertukar kepada sebuah syarikat Cina.
“Ladang tu dijual syarikat British kepada syarikat Taiko Plantation pada tahun di antara 1969 hingga 1970.
“Sejak tu Tuan Dot pulang ke negara asal. Dia baik dengan penduduk kampung. Banyak benda dia tolong orang kampung,”katanya.
Leave a Reply