Pejabat Imigresen UTC Tawau ditutup sementara

KUALA LUMPUR-Pejabat Imigresen UTC Tawau di Sabah ditutup sementara berkuatkuasa malam ini.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu kenyataan berkata, penutupan pejabat berkenaan selaras dengan peningkatan kes penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan di Tawau.

“JIM telah memutuskan untuk menutup perkhidmatan Pejabat Imigresen UTC Tawau buat sementara bagi mencegah penularan wabak di kalangan pegawai dan orang awam yang hadir berurusan.

“Pemakluman ini berkuatkuasa serta merta sehingga pemakluman pembukaan semula diberitahu kelak,”kata kenyataan itu malam ini.

Kenyataan berkata, JIM memohon maaf diatas segala kesulitan yang timbul berhubung perkara ini.

Tawau pada hari ini mencatatkan pertambahan 167 kes baru dalam Kluster Benteng LD menjadikan kes positif sebanyak 249.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.