Bola boleh batal, tak kan konsert tak boleh?

SUNGAI PETANI-Persatuan Angkatan Melayu Negeri Kedah (PAMM) mendesak kerajaan membatalkan konsert Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang akan diadakan pada 13 November ini.

Pengerusinya, Datuk Mustaffa Idrus (gambar) berkata, konsert yang akan diadakan mulai 8.30 malam Jumaat ini tidak wajar diadakan sama sekali.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah putuskan untuk menunda Piala Malaysia 2020 termasuk tidak Kerajaan juga tidak membenarkan JDT ke Doha Qatar bagi mengharungi baki pusingan zon timur Liga Juara-Juara Konfederasi Asia (ACL).

“Jika sukan yang kita lihat satu perkara besar terutamanya melibatkan nama negara tidak dibenarkan, mengapa konsert terginja-ginja malam Jumaat tidak boleh dibatalkan?,”katanya hari ini.

Beliau berkata, sekalipun kerajaan akan memberikan alasan konsert tidak bersentuhan badan seperti sukan, namun penganjurannya tetap tidak sesuai.

“Dari sudut agama konsert yang mencampurkan lelaki perempuan, malah ada yang tidak menutup aurat jelas bertentangan dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Islam.

“Apatah lagi bila ia dianjurkan ketika rakyat sedang menanggung kesan akibat COVID-19. Tak manis, tak sesuai,”katanya.

MKN pada siang tadi menolak rayuan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk meneruskan baki saingan Piala Malaysia.

MKN juga tidak membenarkan juara tujuh kali Liga Super, JDT untuk mengharungi baki pada pusingan zon timur Liga ACL yang akan bermula dari 18 November hingga 13 Disember.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.