NVOG&Friends, REKEY bantu penduduk Yan

NVOG& Friends dan REKEY bekerjasama membantu sukarelawan dan penduduk Yan serta Jerai yang terjejas

YAN – Mangsa tragedi banjir kilat dan aliran puing di sini dibantu menerusi program ‘Sekampit Beras Bagi Menyapu Air Mata Yan’ semalam.

Mereka dibantu Kumpulan Motosikal Berkuasa Tinggi, Northern Versys Owner Group (NVOG) dan Persatuan Rekreasi Luar Daerah Yan (REKEY).

Presiden NVOG & Friends, Ahmad Fazrul Shahril Tajuddeen berkata, menerusi progam itu, mereka membantu menyediakan makanan kepada keluarga mangsa banjir serta petugas sukarelawan yang membantu sekitar Yan dan Jerai.

Ahmad Fazrul (atas) pacuan dalam misi berkenaan

NVOG memberikan bantuan segera berupa beras dan barangan keperluan memasak kepada REKEY untuk tugas menyediakan makanan dari NVOG & Friends.

Beliau berkata, bantuan digerakkan melalui sumbangan ahli NVOG & Friends.

“Terima kasih kepada semua penyumbang dan yang hadir,” katanya.

Tragedi aliran puing atau kepala air mengorbankan enam nyawa.

Kejadian yang turut menyebabkan banjir kilat itu menjejaskan lebih 1700 buah rumah termasuk premis.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.