Mustaffa Idrus sertai BARA

Mustaffa tiga dari kiri bersama barisan kepimpinan BARA

SUNGAI PETANI -Datuk Mustaffa Idrus akan menggunakan pengalaman dimiliki untuk membantu Pertubuhan Bantuan Rakyat Malaysia ( BARA) berjuang demi rakyat.

komitmen itu dinyatakan selepas dilantik sebagai naib Naib Presiden BARA.

Menurutnya, beliau tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan BARA walaupun NGO itu pro kepada UMNO.

“Dalam hal ini saya terbuka kerana penubuhan BARA mempunyai hala tuju yang jelas dalam membantu rakyat. Walaupun ia pro UMNO tetapi bagi saya perkara itu tiada masalah. Asalkan bukan DAP.

“Perjuangannya yang menekankan konsep Keluarga Malaysia sama seperti perjuangan Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaacob membuatkan saya tertarik untuk menerima pelawaan BARA,”katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu Mustaffa pada semalam menghadiri Majlis Berbuka Puasa BARA di Hotel Sutera Negeri Sembilan.

Beliau berkata, hala tuju BARA memberikan penekanan kepada banyak perkara seperti agama Islam, bangsa Melayu, Pribumi Sabah dan Sarawak, pendidikan, ekonomi, kesihatan dan usahawan muda.

“Selain itu BARA akan terlibat salam misi di luar negara bagi negara ditimpa musibah, menjalankan hubungan dengan kerajaan negeri dan Pusat, serta patuh kepada Rukun Negara,”katanya.

Mustaffa berkata, BARA tidak bertindak sebagai sebuah wadah perjuangan baru bangsa Melayu semata-mata.

“Tetapi BARA memperjuangkan keseluruhan nasib rakyat Malaysia yang memerlukan pembelaan.

“Saya yakin BARA dapat menjalankan tugas dengan baik kerana NGO ini mempunyai matlamat yang jelas,”kata Pengerusi Persatuan Angkatan Masyarakat Melayu Negeri Kedah (PAMM) itu.

RENTAS7

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.