MPPN bertanggungjawab menasihati kerajaan melalui  kementerian dalam hal-ehwal perpaduan

PUTRAJAYA – Kementerian Perpaduan Negara telah menubuhkan Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) di peringkat kebangsaan yang dipengerusikan oleh Menteri Kanan Kluster Sosial dan dianggotai oleh tokoh-tokoh masyarakat merangkumi pelbagai sektor termasuk wakil dari Badan Bukan Kerajaan (NGO), pihak swasta dan individu yang berpengalaman dan berkepakaran dalam bidang perpaduan.

Kementerian Perpaduan dalam satu kenyataan berkata, perkara itu selari dengan pengemaskinian dan penyusunan semula struktur jawatankuasa-jawatankuasa perpaduan sedia ada dan teras utama dan hala tuju baharu kerajaan semasa.

Menurutnya, keahlian MPPN adalah dilantik oleh Perdana Menteri bagi tempoh dua tahun.

“MPPN akan bersidang sebanyak enam (6) kali setahun bagi membincangkan isu-isu perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.

“MPPN ini disokong oleh Jawatankuasa Pelaksana Perpaduan Negara yang dipengerusikan oleh YB Menteri Perpaduan Negara di peringkat Kementerian dan Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri yang dipengerusikan oleh ahli-ahli YB EXCO Perpaduan Negeri di
peringkat negeri masing-masing,”katanya.

Kenyataan itu berkata, MPPN akan bertanggungjawab menasihati Kerajaan melalui  kementerian dalam hal-ehwal perpaduan serta membincangkan isu-isu
perpaduan, usaha-usaha penyatuan nasional (national reconciliation) dari
pelbagai sudut dan mencadangkan kaedah penyelesaian terbaik kepada
Kerajaan untuk menangani isu dan cabaran perpaduan bagi terus
mengukuhkan agenda perpaduan nasional

“Langkah menubuhkan MPPN di peringkat kebangsaan dan jawatankuasa-jawatankuasa perpaduan di peringkat kementerian serta negeri adalah bagi memperkukuhkan hal ehwal perpaduan dan integrasi nasional secara bersepadu demi kepentingan rakyat dan negara Malaysia,”katanya.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.