“Mencemarkan nama PAS dan kerajaan”- Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR– kenyataan media PAS bertajuk ‘Majlis Keselamatan Negara Wajar Perjelas Penutupan Masjid Tetapi Beri Kebenaran Operasi Pusat Judi’ bertarikh 2 Mei 2020 yang ditularkan disahkan palsu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, beliau mengesahkan bahawa PAS tidak pernah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat pada tarikh dan tempat seperti didakwa dalam kenyataan itu.

“Saya juga menegaskan YB. Presiden PAS mahupun saya selaku Setiausaha Agung PAS tidak pernah mengeluarkan atau mengarahkan dikeluarkan sebarang kenyataan media seperti yang ditular tersebut.

“PAS yakin perkara tersebut dibuat oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab bertujuan mencemarkan nama PAS dan juga Kerajaan,”katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Takiyuddin berkata, beliau memohon agar semua pihak di luar sana termasuk para pengamal media tidak membuat sebarang andaian mahupun spekulasi dengan mengaitkan PAS berkenaan isu ini.

Sebelum ini tular keratan media berkenaan di media sosial yang menyenaraikan empat tuntutan palsu.

Rentas7.com

rentas7
Rentas7.com ialah media alternatif yang tepat dan benar kepada orang ramai.